Tinky says

Friday, May 21, 2010

Berhemah la...Pt 2

Aaa...pada pagi yang mulia ini...Mari kita bincang pasal benda yang kurang disenangi ramai pemandu kereta ye? Perkara yang menyakiti hati pemandu kereta di highway seperti, pemandu yang memandu dengan slow and steady-nye kat fast lane, pemandu yang ikut bontot kereta you rapat-rapat especially pada waktu malam bila pemandu yang takde otak turn on highlight (kadang-kadang boleh dimaafkan ye kalau pemandu tu tak perasan ye..ataupun headlights dia dah rosak...atau pemandu tu memang rabun malam). I tak suke kalau orang memandu dengan merbahaya sebab itu I selalu memandu dengan berhati-hati dan berhemah kerana I tak suka mengejutkan pemandu-pemandu lain dengan aksi-aksi hebat yang boleh ditontoni dalam filem Tokyo Drift. Ada pemandu yang I rasa memang ada skill yang hebat yang layak diberi anugerah "Pemandu Yang Tepat" aka "PYT"

Tepat seperti yang berikut; 
  1. membuat keputusan yang tepat apabila memotong kenderaan lain.
  2. manganilisi jarak yang terdekat, terhebat yang memang tepat dan yang paling selamat bagi seseorang  PYT.
Tapi, merbahaya kepada pemandu lain. I selalu terkejut bila ada kereta yang memotong dengan laju dan dekat bila I memandu. Perasaan yang cemas and jantungku yang berdengup dengan laju. Dah la I'm from a family history yang ada heart disease..dan perempuan lagi tu. Kan kebanyakan wanita yang ada sakit jantung ni tak rasa sakit dada bila heart attack. Couldn't imagine kalau dapat heart attack on the spot...I dah tak dapat drive lagi kan mesti kereta out of control..cuba bayangkan keta kat belakang tu..mesti langgar punya beb. Brader PYT, my nyawa by that time mesti dah terbang. Itu I kena berterima kasih banyak-banyak to you lah. You'll get my doa dan lain-lain.

Anyways, topik bukannya pasal pemandu kat highway pun. Sebenarnya topik pagi ini perkara yang kurang disenangi oleh pemandu. Parking. Meletak kenderaan di tempat sepatutnya...dan kalau bukan tempat parking..jadi pandai-pandai letak kat tempat yang tak menyusahkan orang lain.



Ahh...inilah yang I maksudkan tadi...baru berlaku semalam. In fact, whenever I keluar mesti ada yang macam ni kat housing area I yang I tinggal buat masa ini. Brader, you nak parking..parking la tempat lain..macam manalah nak keluar kalau tak nampak kereta yang datang? Gunalah otak tu sikit. Park la kat rumput tu hah..kan ada tempat. Ish!


Ini pun satu...double parking...entah apa-apa lah orang macam ni. Kalau tak pandai parking..jangan lah bawa kereta yang Besar. Gunalah motosikal ke basikal ke..beca ke..kalau guna basikal pun parking tak betul..boleh tolak sampai you betul-betul park dalam petak tu. Akak tak tau ke petak tempat letak di Malaysia ni besar? Balik belajar memandu lagi la.

monologku: seperti biasa, hidup ini dah banyak benda yang buat manusia tension dan stress. kenapa la nak tambahkan lagi stress dan kemarahan orang lain. Tak faham-faham.

No comments:

Post a Comment